Malaysia Automotive Enthusiasts Network
Piagam Organisasi
8 July, 2008
[Revised v2.1(malay) on July 08,2008]
Piagam ini menerangkan tujuan, matlamat, struktur dan fungsi 'Malaysia Automotive Enthusiasts Network' (MAEN) ataupun 'Rangkaian Peminat Automotif Malaysia'. Ini adalah sebuah kertas kerja dan boleh diubah/dipinda oleh ahli-ahli yang mengambil bahagian apabila diperlukan.
MISI
MAEN adalah sebuah organisasi yang tidak berunsurkan politik. Ia ditubuhkan sebagai sebuah organisasi sosial dengan ahli-ahli yang mempunyai kecenderungan minat yang sama. Rangkaian sosial adalah satu konglomerasi pelbagai nodus (samada diklasifikasikan sebagai individual atau organisasi), dan diikat menerusi satu visi dan idea yang spesifik. Sebuah rangkaian sosial yang teguh boleh mempengaruhi perubahan polisi yang positif.
Maka, misi MAEN adalah:
- Untuk menubuhkan satu rangkaian peminat automotif yang memberi dedikasi kepada sukan bermotor akar umbi di Malaysia.
- Menubuhkan sebuah rangkaian sosial untuk pengguna-pengguna kenderaan di dalam negara.
MATLAMAT
- Ulasan
Berdasarkan sebuah kajian, jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia pada tahun 2006 adalah sebanyak 16,825,150 unit. Angka ini adalah lebih kurang sepuluh kali ganda daripada jumlah kenderaan berdaftar pada tahun 1997. Ini bermakna bahawa isu-isu yang berkaitan dengan aktivit permotoran mesti dikaji semula.
- Memudahkan perbincangan (seperti forum, dialog, diskusi)
Walaupun terdapat ramai pengguna-pengguna kenderaan bermotor di Malaysia, negara ini kekurangan sebuah rangkaian berintegrasi yang menyatukan pihak-pihak berkuasa, badan-badan kerajaan dan juga kelab-kelab bebas di dalam sebuah 'platform' yang mempromosikan diskusi dan perbincangan isu semasa. Untuk menubuhkan rangkaian berintegrasi ini, tindakan-tindakan dan polisi-polisi efektif mesti diambil untuk memastikan bahawa keperluan dan isu-isu pengguna kenderaan bermotor dikenalpasti.
- Penyebaran Data
Satu pengkalan rangkaian (penyebaran) data yang kukuh akan diasaskan untuk memudahkan pembangunan komuniti permotoran dan organisasi-organisasi sukan bermotor. Penyebaran maklumat secara rangkaian ini boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan dunia permotoran yang mampan. Secara tidak langsung, ini juga akan memastikan bahawa usaha-usaha sedemikian akan lebih strategik.
- Membantu Permulaan Data
Satu rangkaian yang mempunyai matlamat yang sama akan memberi peluang untuk menubuhkan sebuah pengkalan data kajian. Ia bertujuan untuk menangani isu-isu penting seperti keselamatan jalanraya di mana isu sebegini boleh ditangani dengan lebih tepat berdasarkan data yang dikumpul.
RANGKA KERJA MAEN
Keahlian dalam MAEN adalah seperti yang disenaraikan dalam jadual mereka. Ahli-ahli yang berminat akan membekalkan informasi dan senarai kehendak mereka kepada setiausaha MAEN. Pada masa kini, Motorsports Malaysia adalah setiausaha MAEN. Tiada sebarang yuran dikenakan dan ahli-ahli boleh menarik penyertaan pada bila-bila masa. Ahli-ahli dijemput menghadiri mesyuarat dan membalas mana-mana dua emel tinjaun yang dikeluarkan setiap tahun.
STRUKTUR MAEN
- Vendor automotif terdiri daripada industri-industri dan organisasi-organisasi dagangan yang relevan.
- Pihak berkuasa terdiri pada AAM, PDRM, dan RELA.
- Institusi-institusi yang terdiri daripada syarikat-syarikat pembiayaan wang dan insurans yang mempunyai hubungan dengan sukan bermotor.
- Kelab-kelab Kereta merujuk kepada kumpulan automotif berunsurkan rekreasi (berdaftar dan tidak berdaftar di dalam negara).
FAEDAH AHLI-AHLI MAEN
- Perjumpaan ahli-ahli, faedah-faedah AAM, aktiviti-aktiviti permotoran dan yang berkaitan dengan sukan bermotor.
- Bajet/subsidi tahunan untuk aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.
- Memudahkan pendaftaran kelab-kelab sukan bermotor.
- Bantuan untuk mendapatkan permit bagi acara dan konvoi.
- Bengkel keselamatan jalanraya, hari 'trek' dan penyertaan ceramah bersiri.
- Diskaun panel/kesatuan.
- Lain-lain diskaun, perkhidmatan dan barangan percuma.
TANGGUNGJAWAB-TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA MAEN
Tanggungjawab-tanggungjawab setiausaha MAEN termasuk:
- mengaturkan jadual aktiviti
- Pengumuman (acara, notis, dan lain-lain)
- Mengetuai dan mempengerusikan mesyuarat
- Jemputan tetamu undangan untuk ceramah bersiri
- Mengendalikan forum dan perbincangan
- Menyelengarakan jadual keahlian dan alamat surat-menyurat.
Setiausaha MAEN menjaga hubungan dengan kumpulan–kumpulan individu di dalam organisasi ini, dan mengkaji perkembangan terbaru dan berita tentang aktiviti-aktiviti dan kemajuan setiap bulan. Setiausaha MAEN bertanggungjawab untuk penyebaran dan penerbitan minit mesyuarat MAEN, keputusan mesyuarat, mengendalikan laman web, dan surat berita elekronik.
PIHAK/KUMPULAN BERMINAT
Pihak/kumpulan berminat dibentuk antara ahli-ahli MAEN yang mempunyai tumpuan dan matlamat yang sama dalam aspek tertentu dalam permotoran dan sukan bermotor. Ahli-ahli MAEN dibenarkan untuk menyertai pelbagai kumpulan sosial dengan minat yang bertindih. Setelah minat terhadap permotoran dan sukan bermotor berkembang, fokus dan aktiviti dari pihak/kumpulan berminat boleh diubahsuai.
Sebuah kumpulan berminat wujud apabila sekurang-kurangnya tiga ahli MAEN membuat keputusan untuk bekerjasama di dalam sesuatu isu, dan memaklumkan Setiausaha terhadap niat mereka. Seorang ahli dalam setiap kumpulan yang berminat akan diikehendaki untuk menjadi penghubung kelab. Kewujudan pihak/kumpulan berminat baru adalah digalakkan.
PIHAK BERMINAT YANG MENANTI
Standing interest groups wujud di antara:
- Sukan Bermotor Akar Umbi
- Keselamatan Jalan Raya
- Fasiliti Sukan Bermotor
Pihak berminat yang menanti dalam sukan bermotor akar umbi akan menyampaikan maklumat kepada di dalam program pembagunan bermotor akar umbi.
Pihak berminat yang menanti dalam keselamatan jalanraya akan menyampaikan isu-isu relevan dengan mengemukakan penyelesaiannya.
Pihak berminat yang menanti dalam fasiliti sukan bermotor akan memberi fokus kepada isu-isu yang relevan kepada sukan bermotor semasa dan kemudahan-kemudahan sukan bermotor.
BENGKEL, CERAMAH, SURAT BERITA
Ahli-ahli akan diberitahu sebulan lebih awal berkenaan tarikh bengkel-bengkel dan siri-siri ceramah-ceramah yang akan dianjurkan, di mana mereka yang berminat dialu-alukan untuk menyertainya. Ringkasan-ringkasan bengkel dan ceramah akan diterbitkan dalam isu Surat Berita MAEN yang seterusnya. Surat berita MAEN akan diedarkan setiap bulan kepada ahli-ahli MAEN.
MESYUARAT
Mesyuarat akan diatur oleh Setiausaha MAEN atau atas permintaan ahli-ahli, sekurang- kurangnya satu mesyuarat akan diadakan setahun.
AGENDA
Setiausaha MAEN akan menyediakan dan mengumpulkan topik-topik mengenai isu-isu yang dikemukakan oleh ahli MAEN sekurang-kurangnya sekali sebulan sebelum sebarang mesyuarat diadakan. Agenda muktamad akan disebarkan kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya seminggu sebelum sebarang mesyuarat diatur.
PENYEBARAN KEPUTUSAN MESYUARAT DAN PERJUMPAAN MAEN
Laporan mesyuarat-mesyuarat dan perjumpaan ahli boleh akan dipaparkan di dalam laman web dan surat berita MAEN. Pengkalan data, ulasan, dan dokumentasi berguna akan turut dimuatkan di dalam laman web. Ulasan menyeluruh akan didokumentasikan pada setiap tahun untuk melaporkan perkembangan rangkaian ini. Pengarangan penulisan akan ditentukan oleh setiausaha, atas kepakaran dan sumbangan terhadap kumpulan kerja.
PEMINDAAN PIAGAM
Piagam organisasi MAEN boleh dipinda oleh majoriti undian sebanyak dua per tiga di dalam mana-mana mesyuarat selagi cadangan pindaan tersebut diumumkan dalam agenda.
SEKRETARIAT
Sekretariat MAEN akan berpengkalan di pejabat Motorsports Malaysia:
40 B Lorong Rahim Kajai 14
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-77276561
Fax: 03-77276560
E-mail :
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Untuk menyertai MAEN, sila emailkan butir-butir kepada
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
:
Nama organisasi/kelab:
Nama :
Email:
Nombor telefon:
Alamat: